Wednesday, March 9, 2011

Kenali 'Tok Perak' Manjoi

Nama yang tidak asing. Ramai yang kenal tetapi yang ini lain. Ini Tok Perak Modern. Memoir ini catitan gelagat hidup zaman yang canggih. Catitan yang di kutip dari orang ramai, sesiapa yang ada pengalaman dengan 'wira' ini boleh buat posting di sini. Tetapi biar yang betul dan benar. Jangan fitnah. Kalau ada pengalaman 'terkena' dengan 'pukau' Top Perak ni, boleh bagitahu, supaya yang lain tidak terkena..Blog ini sebagai pemerhatian dan sebagai maklumat teladan. Bagi yang telah terkena penangan Tok Perak ni, atau ada perkara yang patut di maklumkan, harus lapurkan demi kesejahteraan penduduk setempat. Ada cerita disebalik manusia ni. Bangga dengan gelaran Tok Perak, tetapi bukan boleh dibanggakan tetapi sebaliknya.

Gelaran gahnya kerana 'kehebatanya' memporak perandakan hidup orang lain. Ramai yang jadi mangsa serakah tak kira siapa, bini orang, janda, anak dara. Masyarakat sekeliling tahu perangai dia, tetapi tak siapa berani tegur, kononya 'Tok Perak'. Entah ayat apa dia guna semua akan lemah longlai jatuh hati, walhal usia pun dah lebih separuh abad! Tengok zahirnya, macam orang alim, berserban, wirid boleh dengar satu kampung,tapi siapa sangka, perangai tak ubah seperti iblis..Belum bab tak amanah lagi. Macam-macam cerita, memang putar alam punya Tok Perak.

Memang memalukan komuniti kampung aku ni. Masaalahnya semua orang tahu, tapi tak ambil pot. Memoir ini akan mencatitkan rentetan kisah 'kehebatan' Tok Perak ini. Sementelahan itu, saya berharap ada sumbangan dari yang di luar sana. Semuga kampung kita mendapat hidayah dan keberkatan dan dihindarkan dari manusia-manusia yang 'bertopengkan' wajah keperwiraan mereka. Sekian, selamat berblog.